Thursday, October 21, 2010

Faedah syariat Islam tertegak di muka bumi (2)



Kesan Perlaksanaan Hudud ke atas individu dan masyarakat

Sebelum pergi lebih jauh perbincangan ini saya nyatakan di sini wahai saudara yang dimuliakan beberapa kesan pelaksanaan hudud ke atas individu dan msyarakat supaya terang waktu subuh kepada mereka yang memiliki dua mata dan menguatkan pemalsuan tentang dakwaan hudud itu keras dan ganas yang disebarkan oleh golongan menyebarkan kekaburan dan fitnah.

1. Mencapai tujuan syariah (maqasid syariah) untuk menjaga agama, nyawa, akal, harta dan keturunan

Syariah datang adalah untuk menjaga manusia dari segi agamanya, untuk menjaga dari segi akal, harta, nyawa dan keturunannya, kemudian dating hukuman dan undang-undang hudud untuk menjaga hajat-hajat yang penting ini yang mesti dipelihara. Allah mendatangkan syariat ini untuk memberitahu kepada manusia bahwa tiada kebahagiaan sbenar melainkan dengan berpegang dengan undang-undang hudud ini. Firman Allah:

“…Maka jika datang kepadamu petunjuk daripada-Ku, lalu barangsiapa yang mengikut petunjuk-Ku, ia tidak akan sesat dan tidak akan celaka.124.  Dan barangsiapa berpaling dari peringatan-Ku, Maka Sesungguhnya baginya penghidupan yang sempit, dan kami akan menghimpunkannya pada hari kiamat dalam keadaan buta". (Toha: 123-124)

Jelaslah bagi kita bahwa syariat Allah yang diturunkan kepada nabi Adam dan yang diturunkan kepada para rasul selepas nabi Adam hingga nabi yang terakhir, Muhammad saw, ialah satu-satunya syariat yang terpelihara daripada kesesatan di dunia dan kegawatan di akhirat. Oleh sebab itu syariat tidak terbatas kepada perlaksanaan beberapa ibadah fardu, tetapi syariat yang menyeluruh kepada hajat-hajat manusia dalam kehidupan ini, iaitu untuk mendapatkan hak  makan sehingga kenyang untuknya dari kelaparan, hak keamanan dari ketakutan, kerehatan dari kepenatan dan memudahkan jalan kepada ketenteraman dalam masyarakat ini.

Namun syaitan yang direjam telah menjadikan dirinya memusuhi Adam dan zuriatnya, dan boleh memesongkan kumpulan yang besar dari keturunan Adam daripada jalan yang benar dan memesongkan mereka dari syariat Allah kepada syariat yang lain yang dicipta untuk mereka, lalu menjerumuskan kepada kejahatan, kerosakan dan kezaliman di muka bumi dan dicabut nyawa-nyawa mereka, ditumpahkan darah, dirampas harta benda, diceroboh kehormatan dan disebar fitnah. Tiada perlindung dan dan tiada kekuatan melainkan dari Allah.

Jikalau manusia pada zaman yang silam tidak mempunyai pengalaman yang boleh dibuat perbandingan atau pertimbangan antara syariat Allah dan syariat syaitan, tetapi pada zaman kita ini mempunyai peninggalan yang berharga, bagi Islam dan jahiliah yang bermacam-macam sepanjang zaman dan kamu mampu untuk menyaksikan sejauh mana wujud perbezaan ketara, antara masyarakat yang melaksanakan syariat Allah yang menikmati keadilan, pancaran cahaya dan kesejahteraan, melindungi nyawa, harta dan segala yang dimiliki, menikmati keamanan dan ketenteraman, antara masyarakat yang melaksanakan syariat syaitan yang menyebarkan kezaliman dan menyuburkan kerosakan dalam segala jenis dan bentuknya. 

2. Keberkatan Allah mencurah dengan ketaatan ini dan perlaksanaan hudud ini
.    
Ini ialah faedah kedua daripada faedah-faedah melaksanakan hudud. Keberkatan syariah yang suci tidak terhitung. Allah SWT telah menjadikan kebaikan akhirat dan yang utama berkaitan dengan perlaksanaan suruhan dan menjauhi laranganNya. Firman Allah SWT tentang ahli al-Kitab:

“Dan sekiranya mereka sungguh-sungguh menjalankan (hukum) Taurat dan Injil dan (Al Quran) yang diturunkan kepada mereka dari Tuhannya, niscaya mereka akan mendapat makanan dari atas dan dari bawah kaki mereka. diantara mereka ada golongan yang pertengahan. dan alangkah buruknya apa yang dikerjakan oleh kebanyakan mereka”. (Al-Maidah: 66)

Ayat ini ditujukan kepada Ahli al-Kitab yang terdiri dari Yahudi dan Nasrani, Allah juga menyentuh dalam ayat yang lain kepada para muslimin. Firman Allah:

“Jikalau sekiranya penduduk negeri-negeri beriman dan bertakwa, Pastilah kami akan melimpahkan kepada mereka berkah dari langit dan bumi, tetapi mereka mendustakan (ayat-ayat kami) itu, Maka kami siksa mereka disebabkan perbuatannya”. (Al-A’raf: 96)

Oleh itu, Tidaklah Allah utuskan para rasul melainkan untuk mengingatkan kaumnya bahawa ketaatan kepada Allah ialah jalan kepada limpahan rahmatNya di dunia dan limpahan rahmatNya di akhirat.

Nabi Nuh as. Pernah Berpesan kepada kaumnya:

“10.  Maka Aku katakan kepada mereka: 'Mohonlah ampun kepada Tuhanmu,sesungguhnya Dia adalah Maha Pengampun.11.  Niscaya Dia akan mengirimkan hujan kepadamu dengan lebat,12.  Dan membanyakkan harta dan anak-anakmu, dan mengadakan untukmu kebun-kebun dan mengadakan (pula di dalamnya) untukmu sungai-sungai”. (Nuh: 10-12)

Nabi Hud as. Juga pernah berpesan kepada kaumnya:

“Dan (Dia berkata): "Hai kaumku, mohonlah ampun kepada Tuhanmu lalu bertobatlah kepada-Nya, niscaya dia menurunkan hujan yang sangat deras atasmu, dan dia akan menambahkan kekuatan kepada kekuatanmu, dan janganlah kamu berpaling dengan berbuat dosa." (Hud: 52)

Allah sendiri telah memerintahkan nabi saw supaya menyatakan kepada manusia yang disebut dalam permulaan Surah Hud dengan firman Allah:

“1.  Alif laam raa, (Inilah) suatu Kitab yang ayat-ayatNya disusun dengan rapi serta dijelaskan secara terperinci, yang diturunkan dari sisi (Allah) yang Maha Bijaksana lagi Maha tahu,2.  Agar kamu tidak menyembah selain Allah. Sesungguhnya Aku (Muhammad) adalah pemberi peringatan dan pembawa khabar gembira kepadamu daripada-Nya,3.  Dan hendaklah kamu meminta ampun kepada Tuhanmu dan bertaubat kepada-Nya. (jika kamu mengerjakan yang demikian), niscaya dia akan memberi kenikmatan yang baik (terus menerus) kepadamu sampai kepada waktu yang Telah ditentukan dan dia akan memberikan kepada tiap-tiap orang yang mempunyai keutamaan (balasan) keutamaannya. jika kamu berpaling, Maka Sesungguhnya Aku takut kamu akan ditimpa siksa hari kiamat”. (Hud: 1-3)

Tidak dinafikan bahawa orang-orang mukmin sentiasa membenarkan janji Allah dan mengetahui dengan penuh yakin bahawa kebaikan dunia dan akhirat ialah apabila mengikuti suruhanNya, melaksanakan hududNya dan mengharapkan keredhaanNya. 

3. Masyarakat terbina di atas asas yang mulia


Ini ialah kesan ketiga daripada kesan melaksanakan hudud. Sekiranya ada orang mendustakan janji ini dan janji kebaikan di dunia dan menaburkan rahmat dengan sebab mentaati Allah, dan tidak melihat kaitan antara mendirikan solat, menunaikan zakat dan puasa dari satu sudut, dan antara penurunan hujan, kesuburan tanaman dan keuntungan perniagaan dari sudut yang lain dan sekiranya ada orang yang tidak membenarkan janji Allah ini, maka buah atau hasil yang berkaitan sangat banyak yang boleh disaksikan oleh orang yang mempunyai mata, sama ada orang mukmin atau kafir, antara penurunan rahmat Allah, pemeliharaan keamanan dan keluasan rezeki, dan antara perlaksanaan perintah Allah SWT. Ini kerana ibadat-ibadat adalah pendidikan dan penyucian kepada nurani individu dan pendidikan kepada ihsan dan berbuat baik, kecintaan kebaikan kepada manusia, orang yang memelihara solat mengetahui bahawa solatnya mencegah dari kejahatan dan kemungkaran, orang yang menunaikan zakat terikat hatinya dengan hati manusia dengan ikatan yang penuh kecintaan dan belas kasihan, orang yang berpuasa pada hakikatnya memerdekakan hatinya dan memenuhi dengan ketakwaan kepada Allah SWT. Tidak syak lagi bahwa semua ini menjadikan manusia menyempurnakan pekerjaannya, pembuatannya, pertaniannya, tidak menipu di dalam perniagaannya, tidak menerima rasuah dan menjaga harta awam daripada hilang kerana takutkan Allah. Mana-mana masyarakat yang dianggotai oleh individu yang mempunyai akhlak-akhlak mulia ini atau sekurang-kurangnya kebanyakan anggotanya seperti ini tentulah akan menjadi sebuah masyarakat yang mewah, mulia dan bertambah produktif.

Tidak dinafikan bahawa hukum mengeluarkan zakat mengandungi faedah yang sangat besar dalam menyuburkan harta dan membuang sifat iri hati dan dengki yang membantutkan ekonomi dan membawa Negara ke lembah kehancuran dan kegawatan.     

Haji ialah ibadah yang mendekatkan bangsa, menyatukan hati-hati, mendekatkan umat Islam dari pelbagai Negara. Lalu ianya menghasilkan kasih saying dan kemesraan serta saling bertukar ganti manfaat perniagaan dan pertanian dan sebagainya. Dunia seluruhnya cuba mengadakan perhimpunan seperti haji yang mengenepikan perbezaan keturunan dan bangsa tetapi tidak Berjaya.   

Oleh itu, perlaksanaan syariat Allah dan di antara kandungannya ialah undang-undang hudud, menjadikan masyarakat terbina di atas asas kemuliaan, dan diikuti dengan individu-individu masyarakat yang saling tolong-menolong dalam memelihara masyarakat mereka.    

Saya sudahi faedah syariat dengan menyatakan faedah yang terpenting, iaitu: 

4. Kefasadan tercabut dari akar umbi

Di dalam bidang muamalat, kita dapati bahawa perlaksanaan hukum syariah mendatangkan natijah yang merupakan natijah terpenting dalam kehidupan manusia, kerana syariah seperti yang ditetapkan oleh Allah SWT bermatlamat untuk mengangkat kezaliman dan menegakkan keadilan di muka bumi. Tidak dapat dinafikan bahwa kezaliman mendatangkan kehancuran dan keadilan mendatangkan kemewahan dan keselesaan. Kezaliman merosakkan dan keadilan memakmurkan. Lantaran itu, perlaksanaan syariat Allah bererti membuka pintu keberkatan dan menambahkan kebaikan. Tidak dinafikan bagi setiap orang yang mempunyai hati, sama ada mukmin atau kafir, bahawa menegakkan hudud, yakni hukum syariah, merupakan sebab yang terbesar kepada pertambahan kebaikan dan keberkatan. Ini kerana hukum potong tangan pencuri bermaksud memelihara harta benda dan mengeluarkannya daripada tempat persembunyian supaya manusia dapat menggunakannya di dalam perniagaan, pertanian dan perkilangan, kerana modal seperti yang dikatakan orang pengecut, apabila tersedia perlindungan untuknya maka ia keluar dan keluarnya mendatangkan maslahat kepada umat dan manusia. Namun apabila meluaskan aktiviti kecurian dan rompakan, dan apabila merata kezaliman, maka menyebabkan harta disembunyikan atau pemiliknya membawa lari hartanya.    

Begitu juga hukum bunuh kepada pembunuh merupakan penghalang daripada jenayah yang menyebabkan kemusnahan pembangunan dan memutuskan perhubungan masyarakat. Perlaksanaan hukum had zina menyekat jalan kepada lembah kezaliman dan mengeluarkan harta benda yang bukan pada tempatnya. Berapa banyak harta yang dibelanjakan untuk perbuatan yang keji ini dan perbuatan zalim ini? Apabila jalan untuk melakukan zina telah disekat, maka harta benda ini akan dibelanjakan pada tempat yang baik dan tidak diarahkan untuk menghancurkan keupayaan umat. Begitu juga perlaksanaan hukum had zina memutuskan jalan melahirkan anak zina, atau orang menamakan dengan anak luar nikah yang mana mereka menjadi penyakit masyarakat, kerana kanak-kanak yang lahir tanpa mengenal bapa, hatinya tidak memiliki perasaan dengki dan benci ke atas masyarakat zina ini dan sanggup menzalimi orang bila mempunyai peluang berbuat demikian. Kanak-kanak ini melihat bahawa masyarakat ini telah menzaliminya kerana mengharamkanya memperolehi seorang bapa yang menjaganya, atau kedua bapa yang sah, atau ibubapa yang menepati syarak. Oleh sebab itu, kebiasaannya golongan yang menyimpang dan jahat di dalam masyarakat terdiri daripada golongan ini.  

Sedangkan masyarakat Islam mementingkan kebersihan dan kesucian, sudah tentu akan menjadi sebuah masyarakat yang baik, berkat dan subur. Siapakah yang ingin menafikannya?

Hasil dan sebab langsung semua inii dapat disaksikan oleh setiap orang yang mempunyai mata dan mampu difikirkan oleh orang yang mempunyai hati, antara perlaksanaan syariat yang suci murni seperti undang-undang hudud dan antara kemewahan material dan kesenangan dunia. Benarlah firman Allah:

“Barangsiapa yang mengerjakan amal saleh, baik laki-laki maupun perempuan dalam keadaan beriman, Maka Sesungguhnya akan kami berikan kepadanya kehidupan yang baik dan Sesungguhnya akan kami beri balasan kepada mereka dengan pahala yang lebih baik dari apa yang Telah mereka kerjakan”. (An-Nhal: 97)

Ya, wahai saudara yang dimuliakan! “Menegakkan hukum had di muka bumi lebih baik daripada hujan 40 kali subuh”. Pandanganlah secara terbuka kepada keadaan masyarakat yang melaksanakan syariat ini dan keadaan masyarakat yang meninggalkan syariat ini dan bacalah secara sedar tentang statistic jenayah di Negara ini dan Negara lain, ternyata dengan jelas tentang keamanan dan ketenteraman yang dinikmati di negeri yang melaksanakan perintah Allah dan tentang ketakutan dan kebimbangan yang terpendam di dalam hati masyarakat yang tidak melaksanakan hukum hudud syariah ini.

Saya berdoa kepada Allah yang Maha Agung agar mengurniakan kepada umat kita suatu petunjuk dan pedoman untuk menegakkan syariah dan melaksanakan amar ma’ruf dan nahi mungkar. Semoga Allah mengurniakan kepada umat ini kebahagiaan dan kedamaian, keselesaan dan keamanan. Sesungguhnya Allah adalah pelindung semua itu dan yang berkuasa ke atasnya.

Selawat dan salam ke atas nabi kita Muhammad saw, kelaurga dan para sahabatnya.

---------------
Penulis adalah professor hadith dan ilmu hadith di Universiti al-Azhar

Terjemahan dari http://www.ikhwanonline.com/Article.asp?ArtID=47420&SecID=360
Share this post
  • Share to Facebook
  • Share to Twitter
  • Share to Google+
  • Share to Stumble Upon
  • Share to Evernote
  • Share to Blogger
  • Share to Email
  • Share to Yahoo Messenger
  • More...

0 ulasan

Sila berikan komen anda

 
© 2011 Zadud-Duat | 2012 Templates
Designed by BlogThietKe Cooperated with Duy Pham
Released under Creative Commons 3.0 CC BY-NC 3.0
Posts RSSComments RSS
Back to top