Oleh: Sheikh Fuad al-Hijrasiy
Ibadah dalam Islam memainkan peranan penting di dalam pembentukan seorang muslim supaya menjadi seorang hamba yang rabbani. Ibadah juga penting dalam menyedia, mempersiap dan mengislah supaya memastikannya dapat memasuki syurga dan memperolehi kenikmatannya.
Dari manakah anda dating? Apakah tugas anda di dalam hidup? Ke manakah kesudahan dan pengakhiran anda?
Kalau kita menggunakan fikiran dan mengamati dengan teliti, tentulah kita akan mengetahui dengan penuh yakin, bahwa kedatangan kita di dalam hidup ini telah ditentukan dan disusun dengan penuh kebijaksaan oleh Allah SWT. Melalui susunan yang penuh kebijaksanaan di dalam perbuatanNya, tidak mungkin Allah menentukan kewujudan kita sia-sia dan tanpa tujuan, kerana kewujudan kita di atas sebab yang telah dinyatakan dan dijelaskan di dalam al-Quran dalam firman Allah:
“Dan Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka mengabdi kepada-Ku”. (Az-Zariyat: 56)
Dalilnya ialah, Allah SWT mengajak kita memerhatikan kepada alam di sekitar kita supaya kita melihat hikmat di dalam kejadian matahari, bulan dan bintang. Firman Allah:
“5. Dia-lah yang menjadikan matahari bersinar dan bulan bercahaya dan ditetapkan-Nya manzilah-manzilah (tempat-tempat) bagi perjalanan bulan itu, supaya kamu mengetahui bilangan tahun dan perhitungan (waktu). Allah tidak menciptakan yang demikian itu melainkan dengan hak. Dia menjelaskan tanda-tanda (kebesaran-Nya) kepada orang-orang yang Mengetahui.6. Sesungguhnya pada pertukaran malam dan siang itu dan pada apa yang diciptakan Allah di langit dan di bumi, benar-benar terdapat tanda-tanda (kekuasaan-Nya) bagi orang- orang yang bertakwa”. (Yunus: 5-6)
Begitu juga Allah mengajak kita mengarahkan pandangan kita ke arah alam ini seperti tanah, pokok, tumbuhan, kelapa, haiwan dan serangga dan sebagainya di mana semua menunjukkan kerapian ciptaan dan kerapian pentadbiran dan pengurusan.
Kita yang merupakan antara makhluk di alam semesta ni telah dijadikan dengan penuh kerapian dan kita hidup dalam ruang lingkup penuh penyusunan bahkan kita diberikan tambahan berbanding makhluk lain dengan tambahan yang cukup banyak. Oleh itu Allah telah menjadikan kita dalam keadaan sesempurna rupa bentuk, mengurniakan akal yang memandu kita ke arah jalan yang benar dan dapat mengambil manfaat dari makhluk yang lain.
Ada yang berpandangan: air untuk tumbuhan, tumbuhan untuk haiwan, dan haiwan untuk manusia. Kalau akal kita teruskan kaitan hal ini maka kita akan katakan: Manusia untuk Allah dan Allah yang menjadikan kita wujud. Kalau kita ditimpa sesuatu kesusahan dalam tempoh beberapa ketika tentulah kita berhajatkan kepadaNya. Justeru kita akan menyeruNya dan bermunajat kepadaNya seperti tanda ini: Firman Allah:
“Dan apabila manusia disentuh oleh suatu bahaya, mereka menyeru Tuhannya dengan kembali bertaubat kepada-Nya”. (Ar-Rum: 33)
Firman Allah:
“Dan apabila mereka dilamun ombak yang besar seperti gunung, mereka menyeru Allah dengan memurnikan ketaatan kepada-Nya”. (Luqman: 32)
Firman Allah:
“Dan apabila kamu ditimpa bahaya di lautan, niscaya hilanglah siapa yang kamu seru kecuali Dia”. (Al-Isra’: 67)
Jaafar As-Sadiq r.a pernah ditanya tentang Allah oleh seorang lelaki Zindiq. Lalu beliau menyoal orang yang bertanya: “Adakah anda pernah menaiki kapal laut? Jawab lelaki itu; Sudah tentu. Beliau menyoalnya lagi: Adakah pernah sekali anda ditimpa ribut kencang? Jawab lelaki itu: Ya. Soal Jaafar lagi: Adakah ketika itu anda tidak berupaya berbuat apa-apa dan menyelamatkan diri? Jawab lelaki itu: Ya. Soal Jaafar lagi: Adakah anda terfikir di benak fikiran mu di sana terdapat satu kuasa yang mampu menyelamatkan anda? Jawab lelaki itu: Ya. Jaafar menjelaskan: Itulah Allah”.
Setelah kefahaman ini tertanam di lubuk hati bahwa Allah yang menjadikan saya, yang membezakan saya dengan makhluk lain dengan akal dan menjadikan isi alam ini untuk saya, kini saya sedar bahawa tugas saya di dalam hidup ini, ialah beribadah kepada Allah dengan perkara yang disyariatkan dan mensyukuriNya dengan apa yang dikurniakan. Di samping saya sedar bahawa kesudahan hidup ini adalah menuju kepadaNya dan saya dihimpunkan pada hari yang tiada erti kehebatan dan kemasyhuran dunia:
“88. (yaitu) di hari harta dan anak-anak laki-laki tidak berguna,89. Kecuali orang-orang yang menghadap Allah dengan hati yang bersih”. (As-Sya’ara’: 88-89)
Firman Allah:
“7. Barangsiapa yang mengerjakan kebaikan seberat dzarrahpun, niscaya dia akan melihat (balasan)nya.8. Dan barangsiapa yang mengerjakan kejahatan sebesar dzarrahpun, niscaya dia akan melihat (balasan)nya pula”. (Al-Zalzalah: 7-8)
Jikalau keadaan seperti itu, jadi apakah keistimewaan manusia berbanding haiwan..adakah kamu lihat manusia sama dari segi tugas bersenang-senang dan makan semahunya, seperti firman Allah:
“dan orang-orang kafir bersenang-senang (di dunia) dan mereka makan seperti makannya binatang. dan Jahannam adalah tempat tinggal mereka”. (Muhammad: 12)
Kita telahpun bicarakan tentang orang-orang mukminin di dalam ayat yang menjelaskan kemuliaan mereka. Firman Allah:
“Sesungguhnya Allah memasukkan orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal yang saleh ke dalam surga-surga yang di bawahnya mengalir sungai-sungai”. (Al-Hajj: 14)
Ini kerana orang-orang mukmin tahu bagaimana mereka dating, tahu tugas mereka di dalam hidup dan mereka tahu dengan penuh yakin tentang kesudahan mereka.
Manusia yang Allah telah muliakan dengan adanya akal fikiran dan rupa bentuk yang sempurna, bukan sahaja manusia tidak diciptakan semata-mata untuk dunia sahaja tetapi dunia diciptakan untuk untuknya bahkan manusia sebenarnya diciptakan untuk negeri yang kekal abadi. Dunia tidak lain hanyalah perhentian untuk mendapatkan bekalan yang berguna dan dunia ini tidak lain hanyalah tempat persediaan dan persiapan untuk pertemuan agung bersama Allah SWT.
Di sanalah dibalas semua yang dipersembahkan oleh manusia semasa di dunia. Firman Allah:
“Dan bagi masing-masing mereka derajat menurut apa yang Telah mereka kerjakan dan agar Allah mencukupkan bagi mereka (balasan) pekerjaan-pekerjaan mereka sedang mereka tiada dirugikan”. (Al-Ahqaf: 19)
Orang yang bijak ialah orang yang mengambil bekalan secukupnya di dunia dengan bekalan takwa dengan menuruti suruhan-suruhan Allah dan meninggalkan larangan-laranganNya. Kehidupan dunia adalah peluang memperbaiki diri dan mengislahkannya sehingga melayakkannya mendapat nikmat yang kekal abdi di akhirat. Firman Allah:
“Dan Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka mengabdi kepada-Ku”. (Az-Zariyat: 56)
Ibadah yang sahih dan ikhlas akan menyampaikannya kepada syurga. Firman Allah:
“(apakah) perumpamaan (penghuni) jannah yang dijanjikan kepada orang-orang yang bertakwa yang di dalamnya ada sungai-sungai dari air yang tiada beubah rasa dan baunya, sungai-sungai dari air susu yang tidak beubah rasanya, sungai-sungai dari khamar yang lazat rasanya bagi peminumnya dan sungai-sungai dari madu yang disaring; dan mereka memperoleh di dalamnya segala macam buah-buahan dan ampunan dari Rabb mereka”. (Muhammad: 15)
Tidak akan dapat menikmati sungai-sungai syurga ini melainkan kepada orang yang mengislahkan diri mereka dan memperbaikinya berdasarkan syariat Allah SWT.
Oleh sebab itu, manusia hidup di dunia ini tidak sia-sia dan berguna, bahkan manusia hidup untuk tugas beribadah bagi menyempurnakan nikmat di akhirat nanti dan dapat merasai sungai-sungai di syurga. Kemungkinan ini ialah ungkapan salah seorang solihin. Dia berkata kepada orang disekelilingnya: “Sesungguhnya kamu telah diciptakan untuk suatu kehidupan yang kekal dan berpindah dari satu negeri ke satu negeri”. Yang lain pula ada yang berkata: “Kematian tidak lain hanyalah suatu perjalanan dari rumah yang sementara ke rumah yang kekal”.
Berkata pula orang solihin yang ketiga: “Dunia adalah satu peringkat persiapan dan persediaan kepada Anak Adam, maka beruntunglah kepada orang yang mengislahkan dirinya berdasarkan syariat Allah”.
Apakah ibadah yang menyempurnakan negeri yang kekal abadi kepada manusia?
Imam Ibn Taimiyah pernah berkata di dalam Kitabnya “Al-Ubudiah”: Iaitu tunduk kepada Allah Yang Disembah beserta sempurna ketaatan dan kecintaan kepada Allah SWT”.
Beliau berkata lagi: “Ketundukan dan kecintaan hanya layak bagi Allah dan ketundukan selainNya adalah terbatal dan kecintaan kepada selainNya adalah rosak”.
Kemudian beliau menyabutkan firman Allah:
“ Katakanlah: "Jika bapa-bapa , anak-anak , saudara-saudara, isteri-isteri, kaum keluargamu, harta kekayaan yang kamu usahakan, perniagaan yang kamu khawatiri kerugiannya, dan tempat tinggal yang kamu sukai, adalah lebih kamu cintai dari Allah dan RasulNya dan dari berjihad di jalan nya, Maka tunggulah sampai Allah mendatangkan Keputusan NYA". (At-Taubah: 24)
Dari sini kita dapat memahami bahwa ibadah ialah ketaatan kepada Allah dan berpegang dengan syariatNya serta kecintaan kepada keredhaanNya.
Ia merupakan urusan yang mudah kerana manusia terbentuk atas kecintaan kepada lima perkara yang dikembalikan semuanya kepada Allah dan sekiranya ia bijak..tentulah cintanya beralih kepada keikhlasan kepada Allah semata-mata.
Menurut Imam al-Ghazali di Kitab Ihya’: Manusia dibentuk atas:
1. Suka kepada kewujudan dirinya dan kehidupannya sedangkan Allah yang mewujudkannya.
2. Suka kepada orang yang memberi perhatian kepada dirinya kerana kesempurnaan kewujudan dan kehidupan sedangkan Allah yang mengurniakan kesempurnaan kepadanya.
3. Suka kepada orang yang memberi perhatian kepada semua manusia sedangkan Allah memberi perhatian kepada semua manusia.
4. Suka kepada yang indah pada zatnya pada zahir dan batin sedangkan Allah adalah sumber kepada kecantikan setiap yang wujud.
5. Suka kepada orang yang mempunyai hubungan yang berguna antaranya dan orang lain..sedangkan Allah sahaja yang mampu memberi manfaat dan keburukan dan bukan yang lain.
Allah yang mewajibkan kepada hamba beribadah, maka Dialah yang memudahkan fitrah dan ibadah ini.
Akhirnya, ibadah adalah menyusahkan dan memberatkan, kerana memaksa nafsu bukan kepada sesuatu yang disukainya. Dalam ibadah solat, jiwa yang sakit merasakan solat membuat masa, maka mereka tidak menunaikan solat. Dalam puasa, melemahkan jasad, lalu mereka tidak berpuasa dan ibadah zakat, mengurangkan harta, lalu mereka tidak menunaikan zakat an sebagainya. Namun bagi mereka yang memiliki semangat yang kuat dan memahami tuntutan agama akan memaksa nafsu mereka bukan kepada sesuatu yang disukainya dan menghalakan perhatian mereka kepada mentaati Allah sambil mengharapkan ditambahkan kebaikan. Allah telah berfirman yang merupakan sebenar-benar perkataan:
“Apakah kamu mengira bahwa kamu akan masuk surga, padahal belum nyata bagi Allah orang-orang yang berjihad diantaramu dan belum nyata orang-orang yang sabar”. (Ali-Imran: 142)
Perhatikanlah keadaan kamu dengan melihat orang-orang yang berjihad melawan nafsu mereka dan mengislahnya dengan melakukan ketaatan kepada Allah dan meninggikan keadaan mereka. Mereka di dunia masih dalam keadaan demikian sehingga mereka benar-benar memikul amanah agama ini. Firman Allah:
“Sesungguhnya kami Telah mengemukakan amanat kepada langit, bumi dan gunung-gunung, Maka semuanya enggan untuk memikul amanat itu dan mereka khawatir akan mengkhianatinya, dan dipikullah amanat itu oleh manusia. Sesungguhnya manusia itu amat zalim dan amat bodoh”. (Al-Ahzab: 72)
Akhir kata, saya memohon kepada Allah SWT supaya memberi taufik kepada saya dan saudara sekalian.
Terjemahan dari http://www.ikhwanonline.com/Article.asp?ArtID=71780&SecID=363
0 ulasan
Sila berikan komen anda