Friday, October 15, 2010

Kewajipan menyampaikan nasihat



Oleh: Ahmad Ahmad Jad
1. Menyampaikan nasihat sesame umat Islam adalah bertujuan untuk memperbaiki apa yang berlaku di kalangan manusia, menaruh belas kasihan kepada mereka dan mengajar mereka, berusaha memberi sesuatu yang berguna untuk mereka dan menghalang sesuatu buruk kepada mereka, membimbing dan mendoakan mereka, menyebarkan kasih saying sesame mereka, meluruskan tingkah laku mereka, membaharui pegangan agama, membetulkan kefahaman mereka dan mengembalikan semula kedudukan umat Islam ke tempat yang sebenar sebagai pemimpin dan pembimbing dunia.. Para nabi diutus untuk menasihati umatnya. Firman Allah:
“Aku tidak bermaksud kecuali (mendatangkan) perbaikan selama Aku masih berkesanggupan. dan tidak ada taufik bagiku melainkan dengan (pertolongan) Allah. Hanya kepada Allah Aku bertawakkal dan Hanya kepada-Nya-lah Aku kembali”. (Hud: 88)
Seandainya umat Islam meninggalkan kewajipan memberi nasihat sesame umat tentulah kefasadan dan kesesatan akan merebak dan berleluasa. Oleh kerana itu nasihat bertujuan untuk menyelamatkan manusia daripada kebinasaan dan kehancuran. Firman Allah:
Hai kaumku, bagaimanakah kamu, Aku menyeru kamu kepada keselamatan, tetapi kamu menyeru Aku ke neraka?”. (Ghafir: 41)
2. Nasihat lahir daripada sifat kasih saying dan belas kasihan sesame muslim. Sebuah hadith daripada Muaz bin Jabal r.a. Pada satu ketika Rasulullah saw mahu memberi nasihat kepadanya dengan berkata:
“Wahai Muaz, Demi Allah aku sangat mencintai mu, janganlah engkau lupa semasa solat membaca: اللهم أعني على ذكرك وشكرك وحسن عبادتك (Ya Allah, bantulah aku supaya sentiasa mengingatiMu, mensyukuriMu dan sempurna dalam ibadah kepadaMu)”. (Abu Daud, Nasai dan lainnya)
Di dalam sebuah hadith dari Anas bin Malik ra. Dari nabi saw:
“Orang-orang mukmin sebahagaian mereka ke atas sebahagaian yang lain saling menasihati dengan penuh kasih saying sekalipun jauh rumah dan tubuh mereka, dan mereka yang berbuat jahat sebahagian mereka ke atas senahagian yang lain saling melakukan perbuatan khianat sekalipun dekat rumah dan tubuh mereka”. (Ibn Hibban)
Dalam sebuah hadith:
“Apabila Allah menghendaki sesuatu kebaikan sebagai ketua, maka Allah menjadikan untuknya seorang menteri yang jujur, kalau ia lupa menteri akan mengingatinya dan kalau ia ingat menteri itu akan membantunya. Tetapi kalau Allah menghendaki selain itu, Allah menjadikan untuknya menteri yang jahat, kalau ia lupa menteri itu tidak mengingatkannya dan kalau ia ingat menteri itu pula tidak membantunya”. (Abu Daud, Nasai dan Ahmad)
3. Memberi nasihat wajib ke atas setiap muslim..pemimpin muslim dan semua orang awam seluruhnya. Nasihat adalah amanah yang dibebankan di pundak setiap orang yang ikhlas. Di dalam hadith:
“Agama adalah nasihat”. (Bukhari dan Muslim)
Di dalam riwayat lain, diulang Agama adalah nasihat” sebanyak tiga kali yan menunjukkan kepentingan dan kewajipannya. Di dalam riwayat lain:
“Sesungguhnya agama adalah nasihat”. (Tirmizi dan al-Darimi)
 Justeru, nasihat adalah agama seluruhnya.
Di dalam sebuah hadith:
“Sesungguhnya Allah meredhai kamu dengan tiga perkara: Engkau menyembahNya dan tidak menyekutukanNya dengan sesuatu, Engkau berpegang teguh dengan agama Allah seluruhnya dan engkau menyampaikan nasihat kepada para penguasa”. (Ahmad)
Lihatlah bagaimana nasihat dikaitkan dengan penyembahan kepada Allah dan berpegang teguh dengan agamaNya, bahkan nasihat merupakan ibadah yang paling disukai Allah. Di dalam sebuah hadith Qudsi:
“Ibadah yang paling Aku sukai yang dilakukan oleh hambaKu ialah menyampaikan nasihat untukKu”. (Ahmad)
Di dalam nasihat adalah bertujuan mendekat kepada Allah, menegakkan hujjah dan menunaikan kewajipan menyampaikan nasihat.
4. Tuntutan menyampaikan nasihat, menerima dan mengamalkannya. Para rasul menerima nasihat dengan ikhlas dan melaksanakannya. Inilah orang mukmin dari keluarga Fir’aun menyampaikan nasihat kepada nabi Musa as. Firman Allah:
“Dan datanglah seorang laki-laki dari ujung kota bergegas-gegas seraya berkata: "Hai Musa, Sesungguhnya pembesar negeri sedang berunding tentang kamu untuk membunuhmu, sebab itu keluarlah (dari kota ini) Sesungguhnya Aku termasuk orang-orang yang memberi nasehat kepadamu". (Al-Qashash: 20)
Nabi saw berkata kepada para sahabatnya:
“Berilah cadangan (nasihat) kepadaku..”.
Nabi saw menerima nasihat daripada al-Hubab bin al-Munzir pada hari Badar dan melaksanakannya.
Demikian para sahabat juga menuruti manhaj nabi saw. Umar bin al-Khattab semasa berucap di atas mimbar pernah berpesan:
“Seandainya kamu lihat aku telah menyeleweng, maka perbetulkanlah aku”. Lalu seorang lelaki bangun dan berkata: “Kalaulah kami lihat tuan benar-benar menyimpang pastilah kami akan memperbetulkan dengan pedang kami ini”. Umar gembira dengan pendirian sahabat itu dan sedikitpun tidak marah. Bahkan Umar berkata: “Segala puji bagi Allah yang menjadikan umat ini orang yang sedia membetulkan penyelewengan Umar dengan pedangnya”.
Imam al-Banna banyak kali menyebut tentang nasihat. Di dalam Muktamar al-Khamis beliau menyatakan kepentingan nasihat dan bermesyuarat sambil membacakan hadith nabi saw:
“Agama adalah nasihat”.
Mantan Mursyid am, Muhammad Mahdi ‘Akif pernah berkata: “Ikhwan Muslimin tidak pernah menganggap diri mereka tidak boleh dikritik. Kita adalah manusia yang sering melakukan kesilapan dan kesalahan. Justeru mereka menyambut baik sebarang nasihat yang ikhlas demi mengharapkan pembaikan dan membetulkan perjalanan. Mereka sentiasa berlapang dada terhadap orang yang berlainan pendapat kerana setiap orang mempunyai ilmu pengetahuan..Mereka adalah golongan yang menghiasi diri dengan kebenaran dan sentiasa mengambilnya”. (ikhwan Online 16/11/2006)
Di dalam sebuah hadith:
“Orang mukmin adalah cermin kepada saudaranya”. (Abu Daud)
5. Di antara adab memberi nasihat ialah; menyampaikan nasihat secara sembunyi (sir) bukan terang-terangan. Justeru bukan suatu cara yang baik mereka yang memberi nasihat kepada saudara mereka melalui media massa..kita tidak meragui keikhlasan mereka. Tetapi ini bukanlah cara yang betul.
Imam Syafie pernah berpesan: 
Eloklah kalian menasihatiku ketika aku bersendirian # jauhilah memberi nasihat ketika beramai-ramai
Ini disebabkan menasihati di khalayak ramai sesuatu yang buruk yang tak elok didengarinya.
Orang yang ikhlas mengharapkan dari nasihatnya itu untuk merawat sesuatu permasalahan, menyatukan soff dan membetulkan keadaan.. Manakala orang yang jahat menghendaki sesuatu keburukan itu tersebar dan suka kesusahan menimpa musuhnya. Nabi saw pernah mengingatkan:
“Berlindunglah kamu dengan Allah daripada banyak bencana, ditimpa kecelakaan, salah penghakiman, suka bala menimpa musuhnya”. (Bukhari dan Muslim)
Di dalam sebuah hadith:
“Janganlah kamu suka sesuatu bencana menimpa saudaramu tetapi hendaklah kamu suka sekiranya Allah merahmatinya dan menguji (menimpa bencana) kamu”. (Tirmizi. Hadith Hassan)
Ini bermaksud nasihat bukan membuka aib. Hisyam bin Hakim telah menasihati wali Syam yang bernama ‘Iyadh, Hisyam telah berkasar semasa bercakap sehingga ‘Iyadh menjadi marah..lalu beliau membaca hadith nabi saw ini kepada Hisyam:
“Siapa yang ingin menasihati sultan (penguasa) tentang sesuatu perkara, maka bukanlah secara terangan tetapi ambillah tangannya dan tinggal bersunyian dengannya sahaja”. (Ahmad)
Ini dalam bab menghormati ketua.
Perselisihan sesama saudara adalah perkara biasa, tetapi tidak sampai memutuskan hubungan kemesraan. Ini antara tanda yang baik. Kita percaya kepada semua saudara-saudara kita yang dikasihi. Kita tahu mereka adalah para mujahidin di atas jalan dakwah, yang menanggung kesengsaraan dengan penuh sabar dan cekal insya Allah.. Kita tidak katakan tentang mereka melainkan yang baik dan pintu nasihat sentiasa terbuka. Kepada Allah kita meminta pertolongan …
Terjemahan dari http://www.ikhwanonline.com/Article.asp?ArtID=56087&SecID=363
Share this post
  • Share to Facebook
  • Share to Twitter
  • Share to Google+
  • Share to Stumble Upon
  • Share to Evernote
  • Share to Blogger
  • Share to Email
  • Share to Yahoo Messenger
  • More...

1 ulasan

  1. Yang Merupakan Agen Bandarq, Domino 99, Dan Bandar Poker Online Terpercaya di asia hadir untuk anda semua dengan permainan permainan menarik dan bonus menarik untuk anda semua

    Bonus yang diberikan NagaQQ :
    * Bonus rollingan 0.5%,setiap minggunya
    * Bonus Refferal 10% + 10%,seumur hidup
    * Bonus Jackpot, yang dapat anda dapatkan dengan mudah

    * Minimal Depo 15.000
    * Minimal WD 20.000

    Games Yang di Hadirkan NagaQQ :
    * Poker Online
    * BandarQ
    * Domino99
    * Bandar Poker

    Info Lebih lanjut Kunjungi :
    Website : AGEN BANDARQ NagaQQ

    ReplyDelete

Sila berikan komen anda

 
© 2011 Zadud-Duat | 2012 Templates
Designed by BlogThietKe Cooperated with Duy Pham
Released under Creative Commons 3.0 CC BY-NC 3.0
Posts RSSComments RSS
Back to top