Wednesday, September 29, 2010

Jalan menuju kebahagiaan


 Oleh: Dr. Ahmad Abdul Hadi Syahin

Kebahagiaan: Adalah syurga mimpi yang diidamkan oleh semua manusia, seperti filosofi di dalam puncak pemikirannya sehingga kepada orang biasa di benak fikirannya, para raja di istananya yang teguh sehingga kepada orang miskin yang merempat di dalam pondoknya yang kecil. Saya kira tiada seorangpun yang mencari penderitaan hidup untuk dirinya atau sukakan kesempitan dan kemiskinannya.

Kebahagiaan: Ramai manusia yang meminta kebahagiaan yang bukan pada tempatnya. Mereka kembali seperti kembalinya pemburu permata di padang pasir, tidak memiliki sesuatu, tidak mencukupi, luluh jiwa dan hilang semangat.

Adakah kebahagiaan pada nikmat kebendaan?

Setengah orang menyangka bahwa kebahagiaan bila berada dalam kekayaan, hidup mewah, nikmat yang melimpah-ruah dan hidup senang-lenang.

Namun negeri yang melimpah-ruah dengan kemewahan hidup sering mengeluh tentang hidup yang sukar, hidup yang sempit dan membosankan. Contohnya di NewYork, kemewahan hanyalah alas yang cantik bagi menutupi suasana malang, derita dan sengsara.

Kadangkala harta benda menjadi punca kepada penyiksaan, kecelakaan dan kesusahan. Firman Allah:

“Maka janganlah harta benda dan anak-anak mereka menarik hatimu. Sesungguhnya Allah menghendaki dengan (memberi) harta benda dan anak-anak itu untuk menyiksa mereka dalam kehidupan di dunia”. (At-Taubah: 55)

Di dalam hadith daripada Zaid bin Tsabit r.a, nabi saw bersabda:

“Barangsiapa yang menjadi dunia sebagai perhatiannya, pastilah Allah akan cerai-beraikan kesatuannya dan Allah menjadikanya miskin kepada dirinya. Allah tidak mendatangkan dunia kepadanya melainkan apa yang ditentukan Allah kepadanya”. (Al-Munziri)

Di dalam sebuah hadith daripada Ibn Abbas r.a, nabi saw bersabda:

“Seandainya Anak Adam diberikan satu lembah emas (pastilah ia merasa tidak cukup bahkan) akan mengharapkan supaya dia memperolehi dua lembah. Seandainya Anak Adam memperolehi dua lembah emas (pastilah ia merasa tidak cukup bahkan) akan mengharapkan supaya dia memperolehi tiga lembah. Perut Anak Adam tidak akan penuh melainkan diisi dengan tanah!”. (Bukhari)

Menurut Nabi Isa a.s:

“Orang yang mencintai dunia seumpama peminum arak, semakin banyak minum semakin dahaga”.

Adakah kebahagiaan pada anak-anak?

Firman Allah:

“Harta dan anak-anak adalah perhiasan kehidupan dunia”. (Al-Kahfi: 46)

Di sana ada orang yang diharamkan nikmat anak tetapi mereka tetap bahagia. Begitulah sebaliknya.

Firman Allah:

“Dan adapun anak muda itu, Maka keduanya adalah orang-orang mukmin, dan kami khawatir bahwa dia akan mendorong kedua orang tuanya itu kepada kesesatan dan kekafiran”. (Al-Kahfi: 80)

Kita pernah lihat di dalam hidup ada orang yang membunuh bapanya disebabkan harta pusaka. Justeru anak menjadi punca kepada kemusnahan bapanya.

Adakah kebahagiaan pada sijil, pangkat, gelaran dan tinggi pendidikan?

Ini hanya satu juzuk kebahagiaan sahaja, dan dalam pada itu di sana ada menteri dan mereka yang memiliki pangkat dan kedudukan hidup di dalam kesengsaraan dan kecelakaan.

Di manakah bersembunyi kebahagiaan?

Kebahagiaan tersembunyi di dalam takwa kepada Allah.

Kebahagiaan: Mengenali Allah dan mentauhidkanNya, bertaubat kepadaNya dan bertawakal kepadaNya.

Imam Ibn Taimiyyah pernah mengungkapkan: “Apakah yang dilakukan musuh terhadapku? Sesungguhnya syurgaku di dalam lubuk hatiku, Seandainya mereka memenjarakanku, maka bagiku satu peluang aku berkhalwah, Seandainya mereka menafikanku, maka aku menafikan diriku bersiar-siaran. Seandainya mereka membunuhku, maka pembunuhanku satu syahid”.

Imam Ibn Qayyim pernah berkata: “ Ketika telah beberapa beberapa jam saya katakan: “Seandainya ahli syurga seperti apa yang saya bayangkan..Di dalam syurga mereka hidup dan tinggal tetap di dalam suasana yang penuh nikmat”.

Ibrahim bin Adham berkata: “Kami sentiasa di dalam kebahagiaan, seandainya raja dan anak-anak raja mengetahui kebahagiaan kami tentulah mereka akan membunuh kami dengan mata pedang”.
   

Kebahagiaan: ialah apabila wujud ketenteraman jiwa dan kedamaian fikiran. Firman Allah:

Dia-lah yang Telah menurunkan ketenangan ke dalam hati orang-orang mukmin supaya keimanan mereka bertambah di samping keimanan mereka (yang Telah ada)”. (Al-Fath: 4)

Firman Allah:

“Sesungguhnya Allah Telah ridha terhadap orang-orang mukmin ketika mereka berjanji setia kepadamu di bawah pohon, Maka Allah mengetahui apa yang ada dalam hati mereka lalu menurunkan ketenangan atas mereka dan memberi balasan kepada mereka dengan kemenangan yang dekat (waktunya)”. (Al-Fath: 18)

Kebahagiaan: sesuatu yang maknawi yang tidak mampu dilihat oleh mata, tidak mampu dihitung dengan jumlah. Tidak mampu diungkapkan dengan lidah dan tidak mampu dibeli dengan harta dan wang ringgit.

Nilai kebendaan yang perlu bagi sebuah kehidupan ialah seperti yang dinyatakan dalam hadith daripada Saad bin Abi Waqas r.a, Sabda nabi saw:

“Di antara kebahagiaan seorang Anak Adam (manusia) ialah isteri yang salihah, tempat tinggal yang baik dan kenderaan yang baik”. (Al-Munziri)

Daripada Abdullah bin Mahfan al-Khasmi r.a, Sabda nabi saw:

“Barangsiapa yang mulakan paginya dengan tenang dan tenteram pada jiwanya, sihat pada tubuh badannya, punya kekuatan sepanjang harinya, maka dia memperolehi dunia kesemuanya”. (Al-Munziri)

Kebahagiaan: iaitu ketenangan hati, kelapangan dada dan kerehatan nurani.

Imam Ibn Qayyim menyatakan: “Sesungguhnya di dalam hati terdapat kotoran yang tidak akan hilang melainkan menerima perintah Allah. Di dalam hati terdapat kebuasan yang tidak akan lenyap melainkan dengan berjinak dengan Allah. Di dalam hati terdapat kedukaan yang tidak akan pergi melainkan gembira dengan mengenaliNya, benar dalam melaksanakan perintahNya. Di dalam hati terdapat keresahan yang tidak akan berasa tenang melainkan berkumpul keranaNya, menuju kepadaNya. Di dalam hati terdapat api kekecewaan yang tidak akan padam melainkan dengan pasrah dengan perintah, tegahan dan ketentuanNya, dan sentiasa sabar di atas perkara tersebut sehingga menemuiNya. Di dalam hati terdapat hati yang mati yang tidak akan hidup melainkan mencintaiNya, bertaubat kepadaNya, sentiasa mengingatiNya, benar-benar ikhlas kepadaNya sekalipun diberikan dunia dan segala isinya tidak akan mampu menghidupkan kematian itu selama-lamanya”.  

Kita mohon kepada Allah supaya menjadikan kita termasuk orang yang berbahagia di dunia dan akhirat.

Terjemahan dari http://www.ikhwanonline.com/Article.asp?ArtID=66603&SecID=363
Share this post
  • Share to Facebook
  • Share to Twitter
  • Share to Google+
  • Share to Stumble Upon
  • Share to Evernote
  • Share to Blogger
  • Share to Email
  • Share to Yahoo Messenger
  • More...

0 ulasan

Sila berikan komen anda

 
© 2011 Zadud-Duat | 2012 Templates
Designed by BlogThietKe Cooperated with Duy Pham
Released under Creative Commons 3.0 CC BY-NC 3.0
Posts RSSComments RSS
Back to top