Wednesday, September 22, 2010

Siapakah di antara Kita yang Paling Baik Amalannya?



Oleh: Syeikh Hijazi Ibrahim Tsarya
Allah SWT telah menjadikan matlamat ujian kepada manusia di dunia ini adalah untuk melihat siapakah yang paling baik dan siapakah yang paling buruk. Orang yang paling baik ialah orang yang baik dan sempurna amalnya dan sentiasa menambah kebaikan itu tetapi orang yang paling buruk ialah orang yang sebaliknya. Allah telah menjadikan langit dan bumi beberapa hari untuk menguji kita siapa yang paling baik amalannya. Firman Allah:
“Dan Dia-lah yang menciptakan langit dan bumi dalam enam masa, dan adalah singgasana-Nya (sebelum itu) di atas air, agar dia menguji siapakah di antara kamu yang lebih baik amalnya, dan jika kamu Berkata (kepada penduduk Mekah): "Sesungguhnya kamu akan dibangkitkan sesudah mati", niscaya orang-orang yang kafir itu akan berkata: "Ini tidak lain hanyalah sihir yang nyata". (Hud: 7)
Begitu juga Allah telah menjadikan hidup dan mati untuk tujuan yang sama. Firman Allah:
“(Allah) Yang menjadikan mati dan hidup, supaya dia menguji kamu, siapa di antara kamu yang lebih baik amalnya. dan dia Maha Perkasa lagi Maha Pengampun”. (Al-Mulk: 2)
Qatadah menyatakan maksudnya: “Siapakah yang paling sempurna amalannya”. Dari Ibn Umar bahwa nabi saw membaca ayat: Siapakah di antara kamu yang paling baik amalnya”. Kemudian nabi bersabda: Siapakah yang paling baik fikirannya dan paling warak daripada perkara yang diharamkan, yang paling cepat dalam perkara ketaatan dan ibadah kepada Allah”. Daripada Abu Ajlan berkata: Firman Allah: “Siapa di antara kamu yang paling baik amalnya” tidak dimaksudkan siapa yang paling banyak amalan”. (Tafsir Ibn Abi Hatim)
Perhatikanlah bahawa ihsan adalah umum yang meliputi amal dunia dan amal akhirat. Sedangkan itqan (ketekunan) dan ihsan dalam sesuatu amalan adalah wajib sebagai sifat asasi di dalam perilaku mukmin, iaitu menjadi sifat yang mesti ada yang tidak boleh dipisahkan satu sama lain.
Menurut sebahagian para salaf  as-soleh: Siapakah di antara mereka yang paling zuhud di dunia dan lebih inginkan akhirat. 
Begitu juga Allah telah jadikan apa yang ada di dunia berupa kegembiraan dan keseronokan sebagai satu ujian untuk tujuan yang sama dan untuk melihat siapakah yang teguh bersama Allah, terus kukuh kepada Allah dan tidak lain dari itu. Firman Allah:

“Sesungguhnya kami Telah menjadikan apa yang di bumi sebagai perhiasan baginya, agar kami menguji mereka siapakah di antara mereka yang terbaik perbuatannya.” (Al-Kahfi: 7)

 Kemudian Allah menerangkan akibat tidak teguh dengan Allah dan menghabiskan umurnya dengan tidak menekuni kehidupan dengan ketaatan. Firman Allah:

“Dan Sesungguhnya kami benar-benar akan menjadikan (pula) apa yang di atasnya menjadi tanah rata lagi tandus.(Al-Kahfi: 8)

Justeru, setelah mereka memahami inilah tujuan sebenar dunia, maka mereka menjadikan cita-cita dan hala tuju adalah menyediakan bekalan di dunia untuk di bawa ke akhirat yang merupakan negeri yang kekal abadi. Mereka melihat dunia seolah-olah seorang perantau yang sedang merantau sepertimana nabi pernah bersabda:

“Bagiku dan apa yang ada di dunia, bukanlah aku di dunia ini melainkan seperti seorang penumpang yang berteduh di bawah sepohon pokok kemudian berehat sebentar dan terus meninggalkannya”. (Tirmizi dan Ibn Majah)


Terjemahan dari http://www.ikhwanonline.com/Article.asp?ArtID=70429&SecID=363
Share this post
  • Share to Facebook
  • Share to Twitter
  • Share to Google+
  • Share to Stumble Upon
  • Share to Evernote
  • Share to Blogger
  • Share to Email
  • Share to Yahoo Messenger
  • More...

1 ulasan

  1. thank's, Insya Allah niat amal dan niat menyampaikan kpd yang lain.

    ReplyDelete

Sila berikan komen anda

 
© 2011 Zadud-Duat | 2012 Templates
Designed by BlogThietKe Cooperated with Duy Pham
Released under Creative Commons 3.0 CC BY-NC 3.0
Posts RSSComments RSS
Back to top