Thursday, September 30, 2010

Maqam orang bertakwa


Dr. Abdul Mun’em Abul Futuh 

Kita telahpun diingatkan tentang ayat-ayat tentang ibadah puasa dan objektif yang berkaitan dengannya, iaitu ketakwaan: “..mudah-mudahan kamu bertakwa”. Demikianlah  puasa telah difardukan kepada kita dan kepada orang-orang sebelum kita, kerana maqam orang yang bertakwa adalah maqam yang besar, besar pada zatnya dan besar pula pada petunjuknya yang mempunyai matlamat yang jauh.. dalam hubungan hamba dan Tuhannya yang membuka pintu cahaya, furqan, berkat, hidayah dan lain-lainnya yang dibukakan Allah kepada para salihin seperti yang akan diterangkan dalam ayat-ayat berikut.

Maqam para muttaqin mencakupi suatu jaminan yang meliputi perasaan takut kepada Allah SWT di dalam niat, perkataan dan perbuatan. Ketika kita mengikhlaskan diri kepada Allah pastilah akan dicampakkan ke dalam hatinya cahaya Allah dan keyakinan kepada kemuliaan dan kekuasaanNya. Masanya digunakan untuk memahami maksud hadith:

“Niat yang betul sudah cukup dengan amal yang sedikit”.

Maqam para muttaqin mencakupi suatu jaminan yang meliputi tidak sama sekali sibuk pada urusan makhluk yang bukan hak, dan tidak sama sekali meremehkan wasilah daripada matlamat. Orang-orang yang bertakwa sentiasa berada dalam perlindungan dan peliharaan Allah SWT daripada kehinaan, kesalahan dan kelemahan, berpegang teguh dengan tali yang kukuh daripada terjerumus ke dalam kegelapan, kelalaian dan kelupaan kerana maqam muttaqin adalah maqam cahaya dan terang benderang. Firman Allah:

“Sesungguhnya orang-orang yang bertakwa bila mereka ditimpa was-was dari syaitan, mereka ingat kepada Allah”. (Al-A’raf: 201)

Firman Allah:
Hai orang-orang beriman, jika kamu bertaqwa kepada Allah, kami akan memberikan kepadamu Furqaan”. (Al-Anfal: 29)
Firman Allah:
“Hai orang-orang yang beriman (kepada para rasul), bertakwalah kepada Allah dan berimanlah kepada Rasul-Nya, niscaya Allah memberikan rahmat-Nya kepadamu dua bagian, dan menjadikan untukmu cahaya yang dengan cahaya itu kamu dapat berjalan”. (Al-Hadid: 28)
Para muttaqin tidak berupaya menemui Allah kecuali dengan kekuatan cahaya mereka seperti firman Allah:
“(yaitu) pada hari ketika kamu melihat orang mukmin laki-laki dan perempuan, sedang cahaya mereka bersinar di hadapan dan di sebelah kanan mereka”. (Al-Hadid: 12),
Cerita tentang cahaya dalam ayat bukan secara kiasan atau analogi tetapi ianya cahaya yang sebenar.
Dari aspek yang lain, keadaan gelap gulita bagi orang kufur, fasiq dan maksiat adalah kegelapan yang sebenar, kerana orang yang Allah kurniakan kepada mereka cahaya merasai ketenangan dan kedamaian. Cahaya  ini memberikan mereka pandangan yang jelas dan rapi yang membolehkan mereka melihat hari-hari dalam hidup mereka dan menetapkan pendirian mereka yang betul. Justeru mereka berjalan di dalam suatu kehidupan yang diiringi cahaya di dalam ruang yang dipenuhi cahaya, dengan kesejahteraan hati dan kejernihannya membantu mengenali dunia dan manusia, mampu membezakan antara yang hak dan batil, antara yang betul dan salah, antara yang terpenting dan kurang penting. Lalu mereka diberi petunjuk kepada kunci-kuci kefahaman, kejelasan dan kematangan. Justeru mereka melihat dengan penglihatan Allah, memandang dengan cahaya Allah dan dengan rahmatNya yang memandu mereka kepada jalan yang betul, dan dengan cahayaNya mereka berjalan dan berlalu di atas muka bumi dengan hati yang berhubung dengan langit yang mengalirkan dan menggerakkan perasaan cinta, munajat dan doa. 

Ya Allah, kami tidak melakukan apa-apa melainkan yang telah Engkau tentukan, dan kami  tidak memperolehi sebarang kebaikan melainkan yang Engkau berikan. Kerana itu orang mukmin sentiasa berdoa untuk dirinya dan orang lain serta melihat pada dirinya terdapat senjata dan mata air untuk menjadi bekal di dalam penglihatan dan amalan.. Perhatilah ayat-ayat yang mengiringi ayat-ayat tentang puasa. Firman Allah:

“Dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepadamu tentang aku, Maka (jawablah), bahwasanya Aku adalah dekat. Aku mengabulkan permohonan orang yang berdoa apabila ia memohon kepada-Ku, Maka hendaklah mereka itu memenuhi (segala perintah-Ku) dan hendaklah mereka beriman kepada-Ku, agar mereka selalu berada dalam kebenaran”. (Al-Baqarah: 186)

Oleh itu berdoa adalah satu kemestian yang semula jadi yang dirasai manusia di dalam fitrah dan kejadiannya, kecenderungan hidup sederhana dalam bab orang kaya yang mulia kepada bermuraqabah dengan Allah. Firman Allah:
  
“Dan Bersabarlah kamu bersama-sama dengan orang-orang yang menyeru Tuhannya di pagi dan senja hari dengan mengharap keridhaan-Nya; dan janganlah kedua matamu berpaling dari mereka (karena) mengharapkan perhiasan dunia ini”. (Al-Kahfi: 28)

Inilah antara petanda yang membezakan ribuan jalan yang lain.

Manakah yang lebih mulia antara mengharapkan keredhaan Allah dan perhiasan dunia.

Ya Allah, jadikanlah kami termasuk ke dalam tenteraMu kerana tenteraMu itu yang beroleh kemenangan. Jadikanlah kami termasuk ke dalam kelompokMu, kerana kelompokMu itu yang beroleh kejayaan..Jadikanlah kami termasuk ke dalam penolongMu, kerana penolongMu itu tidak berasa takut dan tidak berdukacita sedikitpun.  

-----------------
Penulis adalah setiausaha kehormat Kesatuan Doktor-doktor Arab dan anggota Maktab Irsyad Jamaah Ikhwan

Terjemahan dari http://www.ikhwanonline.com/Article.asp?ArtID=14943&SecID=363
Share this post
  • Share to Facebook
  • Share to Twitter
  • Share to Google+
  • Share to Stumble Upon
  • Share to Evernote
  • Share to Blogger
  • Share to Email
  • Share to Yahoo Messenger
  • More...

0 ulasan

Sila berikan komen anda

 
© 2011 Zadud-Duat | 2012 Templates
Designed by BlogThietKe Cooperated with Duy Pham
Released under Creative Commons 3.0 CC BY-NC 3.0
Posts RSSComments RSS
Back to top